Saya ingin bertanya mengenai keberkatan gaji yang diperoleh. Saya bekerja di sebuah kompleks beli-belah sebagai pembantu pengurus operasi premis makanan. Walaupun kedai makanan yang saya uruskan tidak menjual arak, tetapi syarikat berkenaan juga memiliki premis menjual arak.
Jadi saya ingin bertanya status gaji saya kerana secara tidak langsug saya bekerja dengan syarikat berkenaan.
Hamba Allah
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Memandangkan anda bekerja di bahagian yang tiada kaitan dengan arak, pendapatan yang anda peroleh adalah halal.
Pekerjaan di tempat itu adalah harus. Hanya yang terbabit secara langsung dalam urusan jual beli arak adalah haram termasuk menjadi pembekal, penjual dan sebagainya.
Bagaimanapun, adalah lebih baik supaya dapat bekerja di tempat lain yang tiada kaitan langsung dengan perkara haram sekiranya mampu untuk berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan