BAKAT para pelajar tidak saja digilap di tahap kokurikular tetapi juga di tahap ekstra kurikular.
Ekstra kurikular bermaksud bagaimana kegiatan yang berkaitan dengan persatuan seragam, sukan dan permainan, seni dan budaya, latihan pidato dan berfikir juga persilatan diajar secara sistematik bagi hasilkan bakat yang sifatnya berkembang dan menonjol.

Sukan dan permainan dalam konteks riadah adalah sesuatu yang penting bagi setiap individu kerana ia terkait dengan persaingan dan perlawanan, juga hubungan manusia dengan kepentingan riadah dalam kehidupan bagi maksud kesihatan.
Tidak ramai di kalangan masyarakat terlibat dengan kegiatan ini dan menyebabkan bakat sukan dan permainan kurang berkembang serta penjagaan kesihatan menerusi riadah tidak terjadi.
Islam tidak saja menganjurkan pemupukan akal yang sihat juga rohani yang sihat merangkumi jasmani yang sihat juga. Ketiga-tiga domain ini harus dibangunkan dalam proses pendidikan dan latihan supaya insan menjadi seimbang.
Bakat yang seimbang ini perlu digilap supaya watak pelajar memiliki kualiti yang lebih menyeluruh.
Kualiti menyeluruh menjadi suatu keperluan bagi setiap individu yang ingin menyumbang kepada diri, organisasi, masyarakat dan sistem.
Daya kompetensi yang tinggi adalah faktor amat dituntut supaya bakat yang digilap menjadi pelengkap bila menghadapi cabaran-cabaran seterusnya nanti.
Jenis cabaran masa depan pelajar tidak saja sifatnya pemikiran, tetapi melibatkan kekuatan dalam diri dan amalan. Sekiranya pendekatan ekstra-kurikular itu dipupuk dengan baik, ia bakal melengkapkan lagi keupayaan pelajar memiliki kebolehan dan keterampilan yang lebih seimbang dan sifatnya menyumbang.
Pasukan seragam umpamanya, sama ada Puteri Islam, Pengakap, St John Ambulance dan seumpamanya boleh digerakkan ke arah penglibatan sukarelawan yang memberi manfaat kepada pelajar.
Pelajar yang telah tamat menjalani proses persekolahan amat kurang terlibat dalam khidmat kesukarelaan dalam masyarakat dan menyebabkan kecenderungan faham individualistik dan materialistik berkembang.
Ekstra kurikular di tahap seni dan budaya juga amat penting. Aspek ini boleh memupuk kesedaran mengenai pentingnya jati diri pelajar dibina berasaskan kegiatan menghargai seni budaya supaya sesuatu yang positif dari aspek ekstra-kurikular ini dapat dikaji dan diaktifkan.
Banyak boleh dimanfaatkan dari sumber seni dan budaya bagi setiap kaum.
Jika kurikulum bagi subjek ekstra-kurikular ini dapat disusun dengan baik, ia membolehkan pelajar memahami sumber seni dan budaya yang terdapat bagi setiap kaum di negara ini. Ia boleh jadi sumber kepada pembentukan seni budaya negara.
Aspek persilatan juga menarik untuk dikaji, dilatih supaya pelajar memiliki disiplin yang tinggi. Persilatan Melayu umpamanya amat kaya dengan sumber disiplin dan ia boleh dijadikan salah satu sumber penting mendisiplinkan diri pelajar supaya menjadi warganegara yang baik.
Kunci kepada kekuatan kita untuk maju dan membangun terletak kepada generasi muda yang memiliki upaya disiplin yang tinggi. Amalan persilatan boleh membantu pembentukan watak pelajar supaya zaman remajanya terarah dan zaman dewasanya matang dan sifatnya menyumbang.
Akhir-akhir ini kita berdepan dengan generasi muda yang kurang memiliki disiplin. Akibatnya sebahagian mereka terlibat dengan kegiatan rempit dan sosial yang negatif, melanggar peraturan dan undang-undang, salah guna dadah, berfoya-foya tanpa hala dan akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan negara.
Kita memerlukan generasi penerus yang cerdik akal fikirnya, teguh hati budinya dan tangkas gerak jasmaninya. Asas ini perlu dibangunkan dalam gerak kerja ekstra-kurikular supaya jenis generasi yang dilahirkan hasil dari dasar dan sistem yang ada benar-benar menjadi modal insan berkualiti.
Pendidikan yang menyeluruh sering dikaitkan dengan proses mengadabkan insan. Maksud adab dalam erti kata luas ialah bagaimana akal, hati dan amal dapat didisiplinkan. Menerusi disiplin akal ilmu dapat dijana, pemikiran menjadi berkembang dan idea-idea baru bakal lahir.
Menerusi disiplin hati para pelajar menjadikan faktor dalaman diri sebagai sumber kekuatan. Menerusi disiplin amal, akal budi memberikan pedoman terbaik bagi kegiatan lebih seimbang dan murni.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan