HASIL karya sastera sejak lama dahulu sudah dikesan dan diketahui sebagai bidang yang dapat memperhalus akal budi manusiawi.
Karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama yang baik sebenarnya mengajak manusia ke arah kebaikan, mengajar dan memberi petunjuk serta memberi panduan atau pengajaran dalam kehidupan.
Tidak hairanlah kini kalangan wanita peminat novel popular sanggup membeli novel yang menjadi santapan rohani dan akal budi. Novel-novel popular dengan gaya bahasa segar, watak agresif dan lincah, latar yang menarik telah dihasilkan oleh penerbit seperti Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan ratusan novel dan beberapa penerbit lain sentiasa dicari oleh penggemar novel remaja dan novel popular.
Sewajarnya suatu pertubuhan atau kelab pembaca novel ini boleh ditubuhkan bagi merancakkan lagi bidang sastera ini. Sesekali boleh diadakan diskusi novel dan mengajak mereka berbicara tentang novel yang dibaca untuk didengar dan dihayati oleh khalayak bagi menarik minat dalam kesusasteraan Melayu.
Sastera juga dikatakan dapat membentuk akal budi manusia ke arah kesopanan dan kesantunan melalui pembaca hasil karya yang baik. Hal ini diakui sendiri oleh pengkaji dan pengkritik novel remaja Prof Madya Dr Misran Rokimin yang telah membuat kajian ratusan novel remaja di negara ini.
Dalam bukunya Kritikan Sastera Remaja, Teori dan Aplikasi, beliau menjelaskan secara saintifik bahawa novel remaja banyak memberikan pengetahuan selain gagasan bernas untuk dinikmati oleh pembaca.
Penghayatan isi karya oleh pembaca banyak dibantu oleh tulisan yang berbentuk kritikan yang menggunakan disiplin ilmu kritikan tertentu.
Berikutan itu, bulan ini adalah bulan sastera apabila Hadiah Sastera Utusan Exxonmobil 2012 baru-baru ini mengumumkan 29 pemenang novel, cerpen, puisi, kajian sastera dan rencana sastera yang terdiri daripada penulis muda dan mapan.
Manakala pada 27 November ini akan diadakan majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 yang juga melibatkan penulis yang menghasilkan karya sastera berupa novel, cerpen, sajak dan kajian sastera. Ini bermakna sastera masih terus berkembang sihat di negara ini dan para penulis akan terus menyumbang ke arah kebaikan.
Tahniah kepada pemenang! Semua ini akan melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa.
Menerusi pelbagai hadiah ini akan menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baharu dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi nilainya.
Apa yang paling penting, hasil karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama ini hendaknya dibaca oleh kalangan pelajar, masyarakat dan orang awam bagi membentuk akal budi yang berseni.
Karya-karya yang bermutu tentunya mengangkat hal-hal kemanusiaan yang baik, politik yang bersifat lokal, rantau dan antarabangsa yang menjadi renungan dan mendidik pembaca ke arah kebaikan dan membentuk peribadi mulia serta akal budi yang berseni.
Semoga melalui pembacaan bahan bacaan yang baik dan bernilai tinggi ini; akan menyumbang kepada pembentukan budi pekerti, rasa kasihan, keinsafan, cinta kepada keamanan dan tidaklah akan berlaku perkara-perkara seperti pembunuhan kejam, rompakan, penderaan kepada kanak-kanak dan masalah keruntuhan dan penderaan dalam rumah tangga.

Menurut kajian pakar psikologi, kalangan yang minat membaca novel dan bahan sastera lain akan memandang dunia ini penuh dengan keindahan dan kehidupan manusia yang aman, mencintai nilai kemanusiaan dan juga menjauhi sifat kasar, bengis dan kejam.
Malahan membentuk sikap kritis dan adil dalam sebarang tindakan dan keputusan yang diambil.