Rabu, 16 April 2014

REKACIPTA-PENYOKONG BUKU PELBAGAI GUNA

TAJUK PROJEK REKACIPTA

Penyokong buku dengan tempat habuk kapur

LATAR BELAKANG PROJEK


Rekaan rak yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak menarik, unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan keperibadian istimewa pemiliknya.
Rekaan rak buku berfungsi sebagai rak yang berguna buat anda. Rekaan rak yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna untuk memberi mood ceria dan menawan. Susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak. Warna-warna juga tidak semestinya hanya satu warna dan gelap. Cubalah gabungan pelbagai warna serta jangan takut untuk bereksperimen dengan warna yang terang. Warna-warna penting untuk member kesan emosi atau kepelbagaian mood di ruang rumah anda. Untuk menyimpan koleksi buku-buku anda, mungkin idea kreatif ini amat sesuai. kemas, simple dan menjimatkan ruang.

KAJIAN TENTANG PROJEK REKACIPTA YANG DIJALANKAN


Rekaan rak juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya pasti menjadi tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti rekaan rak yang anggun dan eksklusif mampu memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang rumah anda. Rak juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak juga mampu memberikan satu hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih dapat mengekalkan fungsinya.
Begitu juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang rak, ianya juga jika digabungkan akan menghasilkan rekabentuk rak yang sungguh unik dan mengagumkan. Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh diletakkan. Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat ruang yang sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan peralatan disamping senang untuk anda menyapu...
Jika inginkan kreativiti rekaan rak yang sedikit luar biasa dan unik. Rekaan rak diatas ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi daya tarikan buat sesiapa sahaja yang memandang. Menawan dan mengujakan! Kreativiti rekaan rak yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan perubahan bentuk dan susunan rak anda. Ianya mencabar minda anda untuk menjadi kreatif dalam menyusun rak untuk memberi hasil sebuah rekaan rak yang menarik dan menyeri ruang tanpa mengabaikan fungsi rak tersebut
Kreativiti rekaan rak yang menarik dan mempersonakan apatah lagi dengan rekaan yang unik dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan. Namun harus di ingat...rekaan rak tersebut mestilah berpadanan dengan suasana, tema, perabot serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan terlalu janggal.
Sebuah rak mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi dan kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja.

Rasional pemilihan reka bentuk Projek 
a)    Pemilihan reka bentuk untuk seorang pelajar yang inginkan keselesaan.
b)   Sesuai digunakan dalam suasana bilik yang sempit dimana reka bentuk ini menjimatkan ruang.
c)    Reka bentuk ini adalah dalam satu dimana digunakan sebagai meja , rak buku, kerusidan juga boleh digunakan sebagai tempat pemadam papan hitam dan peralatan menulis yang lain seperti pen, pensil, pemadam dan sebagainya.
d)   Permukaan rak direka untuk menambahkan keselesaan kepada pengguna.

Proses-proses reka bentuk.
1.    Mencari idea
2.    Melakar beberapa bentuk yang difikirkan sesuai.
3.    Menyatakan ciri-ciri dan keistimewaan projek yang ingin dihasilkan.
4.    Melukis secara dua dimensi
5.    Melukis secara tiga dimensi.
6.    Menyatakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek.
7.    Menganggarkan kos yang diperlukan.
8.    Menyatakan kelebihan dan kekurangan projek yang dihasilkan.

Bahan-bahan yang digunakan dan rasional pemilihan bahan tersebut.
1.    Papan lapis
Harga yang murah serta ringan. Sesuai digunakan untuk membuat rak buku, meja serta kerusi.

Alatan yang digunakan.
a)    Pemutar skru
b)   Tukul
c)    Pita pengukur 
d)   Sesiku L
e)    Gergaji

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtSgMH-1-804N9aHyCfgCooKu90inQAUSG20jqZlqShR5GF3SThcAa5tUtUVccq_vfOLa3zMJ_UlkCpe-id-D2bRHK0qA3to6U9mNUm6kM6UxhJAfy7LRmIjA3ZS7198xRxp8Kq-gnQd4/s400/draftingboard.JPG

  1. Lakaran (Gunakan buku lakaran idea yang sesuai)
·         Lakaran idea (sekurang-kurangnya 3 lakaran idea)
·         Lakaran perkembangan idea
·         Lakaran projek pilihan
  1. Lukisan kerja (Lukisan Berbantu komputer – CAD)
·         Lukisan Ortografik lengkap berskala dan berdimensi
·         Lukisan Isometri

 

MATLAMAT PROJEK REKACIPTA


Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk yang baru atau pengubahsuaian sesuatu produk supaya mempunyai nilai komersial yang lebih baik bagi memenuhi keperluan serta kehendak penguna. Selain itu,reka cipta juga mampu melahirkan seorang insan yang kreatif,inovatif dan inventif serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi. Sebelum mereka cipta sesuatu barang pebagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti masalah,mengumpul maklumat dan data, mengukur, menanda, dan banyak lagi. Anda mempelajari semua ini melalui arkib yang telah disediakan.
Mengenal pasti merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Pengenalpastian masalah mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra alam. Pemikiran kreatif dan inovatif hasil menyelesaian masalah adalah sesuatu yang sangat bagus.

OBJEKTIF PROJEK REKACIPTA


1.    Memelihara atau memulihkan unsur-unsur tradisional dan warisan.
2.    Keselamatan pengguna dan kesejahteraan alam sekitar.
3.    Minat atau kecenderungan terhadap bahan, bentuk dan teknologi.
4.    Menyerlahkan kebanggaan.
5.    Menggarap Idea dan memperkayakan khazanah seni.
6.    Menyelesaikan masalah semasa.
7.    Memberikan saingan dalam industri dan menguasai pasaran.

FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK REKACIPTA


Sebagai salah satu kunci utama dalam sistem penyimpanan barang. Rak merupakan elemen penting penyimpanan barang bagi setiap rumah. Ianya direka untuk mengoptimumkan ruang dan pelbagaian variasi dengan corak dan penggunaannya.
Rak ini juga boleh berfungsi sebagai satu perhiasan yang mana ianya boleh ditambah dengan bunga ataupun barang perhiasan lain yang disisipkan di bahagian tepinya menjadikannya lebih menarik, kemas dan elegan.
Selain menyimpan koleksi buku, rak buku turut berfungsi sebagai ruang pameran, ruang penyimpanan khasnya jika diletak di bilik tidur dan antara elemen penting pembentukan pustaka mini. Misalnya, selain menempatkan buku, rak ini juga boleh digunakan sebagai tempat habuk kapur. Cara ini membuatkan setiap ruang mampu dimanfaatkan sebaiknya.


BAGAIMANA PROJEK REKACIPTA BERFUNGSI
Tujuan utama rekaan rak buku ini ialah sebagai alat penyimpan buku dan habuk kapur dan amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Ianya juga sesuai diletakkan dirumah dan bilik bacaan yang mana kotak kecil penyimpan habuk boleh digunakan sebagai penyimpan peralatan penulisan yang kecil seperti pen, pensil, pemadam, pengorek kecil dan sebagainya.
          Kepelbagaian variasi dengan sisipan perhiasan lain seperti pasu kecil, bunga dan corak yang bersesuaian ia juga boleh berfungsi sebagai perhiasan meja atau bilik bacaan.

DISKRIPSI PROJEK REKACIPTA


1.   Pemilihan idea
Pemilihan idea ialah proses di mana saya perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna. Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti:
a)    Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada.
b)   Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
c)    Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak membebankan.
d)   Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai.
e)    Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna.
f)     Mesra alam.

2.   MELAKAR PROJEK
Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam tiga dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk menggambarkan bentuk dan saiz projek rekacipta yang bakal dihasilkan. Beberapa reka bentuk projek dibuat dalam bentuk lakaran tiga dimensi. Lakaran dibuat bagi memberi gambaran yang jelas tentang proses-proses yang dilaksanakan dalam menghasilkan projek rekacipta ini.

3.   PEMILIHAN REKA BENTUK
Pemilihan reka bentuk projek ini melalui proses perbincangan dan penyataan idea yang panjang. Pelbagai reka bentuk yang menarik dan sesuai telah dicadangkan yang mana ada diantara produk berkenaan telah bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih adalah berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat.



4.   MENILAI DAN MEMILIH KONSEP REKA BENTUK
Penilaian sebelum projek rekacipta ini dihasilkan diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama yang telah dipersetujui dan digariskan terlebih dahulu iaitu:
a)    Fungsi
Projek rekacipta yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan.
b)   Rupa bentuk
Projek rekacipta yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai.
c)    Kesesuaian bahan
Projek rekacipta menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.
d)   Kaedah binaan
Projek rekacipta menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah.
e)    Ketahanan
Projek rekacipta yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.
f)     Kos-Kos pembinaan projek rekacipta tidaklah terlalu tinggi.
g)   Kemasan
Projek rekacipta yang dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.
h)   Keselamatan
Projek rekacipta ini mestilah selamat digunakan.
i)     Nilai komersial
Projek rekacipta ini berpotensi untuk dikomersialkan.



5.   LUKISAN KERJA DAN LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK
Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, proses yang seterusnya ialah membuat lukisan kerja dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan sisi projek rekacipta yang berlainan, iaitu:
1.    Pelan
2.    Pandangan hadapan
3.    Pandangan sisi


PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK


Perancangan pembinaan projek dilakukan dengan sistematik melalui jadual yang tertera seperti dibawah. Projek rekacipta ini dirancang agar dapat menjimatkan bahan, masa, dan kos.

1.   BAHAN
Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan projek rekacipta ini. Bahan-bahan yang dipilih juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan tersebut adalah: 
a)    Papan lapis
b)   Paku 
c)    Kayu
d)   Gam kayu.
e)    Putty kayu
2.   ALATAN 
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses: 
a)    Mengukur
b)   Membentuk 
c)    Menanda
d)   Mencantum 
e)    Memotong
f)     Kemasan 


Proses
Alatan tangan yang digunakan
Mengukur dan menanda
Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L
Memotong
Gergaji tangan, gergaji putting
Membentuk
Kikir parut
Mencantum
Tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu
Kemasan
Berus cat, berus syelek, pengikis, cat penyembur bervarnish pelbagai warna 


3.   JADUAL KERJA DAN KOS PENGELUARAN 
Jadual kerja untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Ia juga digunakan untuk mengira kos pembinaan projek rekacipta ini.

Aktiviti/Minggu
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Mengenal pasti masalah
/
Mengumpul maklumat dan data
/
Menjana idea, melakar, dan memilih projek
/
Perancangan dan pembinaan projek
/
Pemasangan, pengujian, dan pengubahsuaian
/
/
/
/
Dokumentasi
/
/
/
/
/
/
/
/
Persembahan
/

4.   PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK
Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja yang telah dilakarkan terlebih dahulu. Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak pereka dan berfungsi dengan baik.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLs8Yy_Px9OIW4VO4TkXGIksLsuDLfTb7gAsZDQM77MuNbSas77dLvXC121Y6-jWIXV1FaMouz03MefRFwhdnwY08xL9hVzwIVs1A9pwjXN8zYsaof760DPrLjFj_TAHI9tnhyKwQPgug/s400/tecpensel.JPG


5.   MENGUKUR, MENANDA, DAN MEMOTONG
Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur, pembaris keluli, dan sesiku L. Proses pengukuran mestilah tepat oleh itu proses ini dilakukan berulang kali dan berhati-hati.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong atau digerudi mengunakan alatan seperti pensel, tolak penanda, dan pisau penanda.
Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXxO825C5zYUr8jKJrl3k1JNgAQxSgGaOc3VwNljAT1A29KLEsWc-TB8LfN-X9NtTDJimv6U2tC3wk6mSfqwWdiwQx9kdP62_M_LI0uPTHOSgOWCQvm9_enGKlpm32R-54FkTs9Kn84Ys/s400/all.JPG

6.   MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK
Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan mengglu, memaku, memasang skru dan meribet. Bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat. Proses membina ini mengunakan rekabentuk yang telah dirancang sebelum ini. Bahan-bahan binaan seperti kayu ataupun boleh juga menggunakan mounting board dicantumkan mengunakan paku atau skru.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT RAK BUKU
a)    Tandakan bahagian tepi kayu yang hendak dipaku.
b)   Cantumkan bahagian perspek dengan teknik memaku seperti didalam gambarajah dibawah.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj45ba3sUJnOkrl2vZVCopaekwO7pvdrezsmq_4ILyMBpFrSgYXujo23podQXtzB4ej2HgkT9MJqgDYg7ZbnpBtqaMfnWPPTwT8StWVEpX0YPVi98wZ4KSV5svxtc3AeCB205BE4nHJ3IQ/s400/memaku.gif

c)    Gunakan kreativiti sendiri supaya hasil terserlah.

7.   MENGUJI DAN MENILAI PROJEK
Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi sepenuhnya. Sebarang pengubahsuaian perlulah dilakukan dan diuji pada tahap ini. Tujuan pernilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan menepati konsep yang ingin ditampilkan.

8.   MEMBUAT KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek. Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat. Di dalam projek rekacipta ini saya menggunakan syelek dan penyembut cat bervarnish yang banyak terdapat di pasaran. Penyembur cat bervarnish mudah kering dan murah selain mempunyai pelbagai variasi warna yang boleh digabungkan didalam projek rekacipta ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7m4GB_V27Ex_u1j4hojaa1GtYaLmr7NrwAqmPFFHe_VJ6ykr_IUONyDfTEYOt5joqsQTgVg-m61AtoAO3S-ropN-UrvirJ6uAt9qqq9HJjjbAiBnBlU2sc1bVBwLlWWbMY9zFRJAKttA/s400/mengemas.gif

RUJUKAN
1.    www.dskon.com › Home & Garden
2.    perempuan.com/read/rak-buku-fungsi-ganda
3.    www.bharian.com.my/bharian/articles/Rakserbaguna/Article/index‎
4.    berkah2013.blogspot.com › Unik
5.    relakssminda.blogspot.com/2013/05/kreativiti-rekaan-rak-buku.html
6.    www.rekacipta.net/‎
7.    www.freewebs.com/rekacipta/‎
8.    www.miexpo.upm.my/index.php/rekacipta-inovasi-sekolah‎



DOKUMENTASI BERGAMBAR


Foto0403.jpg
PROSES PENGUKURAN DAN PENANDAAN BAHAN PROJEK REKA CIPTA


Foto0401.jpg
PROSES MENGAPIT BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGGUAKAN APIT G

Foto0406.jpg
PROSES PEMOTONGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGUNAKAN GERGAJI POTONG DAN APIT G.

Foto0400.jpg
PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MEGGUNAKAN KERTAS PASIR, KIKIR KASAR DAN KIKIR HALUS.




Foto0404.jpg
PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGGUNAKAN SYELEK DAN BERUS CAT.

Foto0402.jpg
PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGUNAKAN PAKU DAN TUKUL.



Foto0408.jpg
PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.


Foto0409.jpg
PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

Foto0410.jpg
PROSES PENGUJIAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.


Foto0411.jpg
BAHAN PROJEK REKACIPTA YANG TELAH BERJAYA DISIAPKAN.
Foto0412.jpg



Tiada ulasan:

Catat Ulasan