e-PORTFOLIO
Rabu, 23 April 2014
Rabu, 16 April 2014
REKACIPTA-PENYOKONG BUKU PELBAGAI GUNA
TAJUK PROJEK REKACIPTA
Penyokong buku dengan
tempat habuk kapur
LATAR BELAKANG PROJEK
Rekaan rak yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak menarik,
unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan
tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan
keperibadian istimewa pemiliknya.
Rekaan rak buku berfungsi sebagai rak yang berguna buat anda. Rekaan rak yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna untuk memberi mood ceria dan
menawan. Susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak.
Warna-warna juga tidak semestinya hanya satu warna dan gelap. Cubalah
gabungan pelbagai warna serta jangan takut untuk bereksperimen dengan
warna yang terang. Warna-warna penting untuk member kesan emosi atau
kepelbagaian mood di ruang rumah anda. Untuk menyimpan koleksi buku-buku anda,
mungkin idea kreatif ini amat sesuai. kemas, simple dan
menjimatkan ruang.
KAJIAN TENTANG PROJEK REKACIPTA YANG
DIJALANKAN
Rekaan
rak juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya pasti menjadi
tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti rekaan rak yang anggun dan eksklusif
mampu memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang rumah anda. Rak
juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak juga mampu memberikan satu
hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih dapat mengekalkan
fungsinya.
Begitu
juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang rak, ianya juga jika
digabungkan akan menghasilkan rekabentuk rak yang sungguh unik dan mengagumkan.
Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh
diletakkan. Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat
ruang yang sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot
dan peralatan disamping senang untuk anda menyapu...
Jika
inginkan kreativiti rekaan rak yang sedikit luar biasa dan unik. Rekaan rak
diatas ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi daya tarikan buat
sesiapa sahaja yang memandang. Menawan dan mengujakan! Kreativiti rekaan rak
yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan perubahan bentuk dan
susunan rak anda. Ianya mencabar minda anda untuk menjadi kreatif dalam
menyusun rak untuk memberi hasil sebuah rekaan rak yang menarik dan menyeri
ruang tanpa mengabaikan fungsi rak tersebut
Kreativiti
rekaan rak yang menarik dan mempersonakan apatah lagi dengan rekaan yang unik
dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan. Namun harus di
ingat...rekaan rak tersebut mestilah berpadanan dengan suasana, tema, perabot
serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan terlalu
janggal.
Sebuah
rak mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam
memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi
dan kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja.
Rasional
pemilihan reka bentuk Projek
a) Pemilihan
reka bentuk untuk seorang pelajar yang inginkan keselesaan.
b) Sesuai
digunakan dalam suasana bilik yang sempit dimana reka bentuk ini menjimatkan
ruang.
c) Reka
bentuk ini adalah dalam satu dimana digunakan sebagai meja ,
rak buku, kerusidan juga boleh digunakan sebagai tempat pemadam papan
hitam dan peralatan menulis yang lain seperti pen, pensil, pemadam dan
sebagainya.
d) Permukaan
rak direka untuk menambahkan keselesaan kepada pengguna.
Proses-proses
reka bentuk.
1. Mencari
idea
2. Melakar
beberapa bentuk yang difikirkan sesuai.
3. Menyatakan
ciri-ciri dan keistimewaan projek yang ingin dihasilkan.
4. Melukis secara
dua dimensi
5. Melukis
secara tiga dimensi.
6. Menyatakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek.
7. Menganggarkan
kos yang diperlukan.
8. Menyatakan
kelebihan dan kekurangan projek yang dihasilkan.
Bahan-bahan
yang digunakan dan rasional pemilihan bahan tersebut.
1. Papan lapis
Harga
yang murah serta ringan. Sesuai digunakan untuk membuat
rak buku, meja serta kerusi.
Alatan
yang digunakan.
a) Pemutar
skru
b) Tukul
c) Pita
pengukur
d) Sesiku L
e) Gergaji
- Lakaran
(Gunakan buku lakaran idea yang sesuai)
·
Lakaran
idea (sekurang-kurangnya 3 lakaran idea)
·
Lakaran
perkembangan idea
·
Lakaran
projek pilihan
- Lukisan kerja
(Lukisan Berbantu komputer – CAD)
·
Lukisan Ortografik lengkap berskala dan
berdimensi
·
Lukisan Isometri
MATLAMAT PROJEK REKACIPTA
Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk
yang baru atau pengubahsuaian sesuatu produk supaya mempunyai nilai komersial
yang lebih baik bagi memenuhi keperluan serta kehendak penguna. Selain
itu,reka cipta juga mampu melahirkan seorang insan yang kreatif,inovatif dan
inventif serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi. Sebelum mereka
cipta sesuatu barang pebagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti
masalah,mengumpul maklumat dan data, mengukur, menanda, dan banyak lagi. Anda mempelajari semua ini melalui arkib yang
telah disediakan.
Mengenal
pasti merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Pengenalpastian
masalah mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra
alam. Pemikiran kreatif dan inovatif hasil menyelesaian masalah adalah sesuatu
yang sangat bagus.
OBJEKTIF PROJEK REKACIPTA
1.
Memelihara atau memulihkan unsur-unsur
tradisional dan warisan.
2.
Keselamatan pengguna dan kesejahteraan alam
sekitar.
3.
Minat atau kecenderungan terhadap bahan,
bentuk dan teknologi.
4.
Menyerlahkan kebanggaan.
5.
Menggarap Idea dan memperkayakan khazanah
seni.
6.
Menyelesaikan masalah semasa.
7.
Memberikan saingan dalam industri dan
menguasai pasaran.
FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK REKACIPTA
Sebagai
salah satu kunci utama dalam sistem penyimpanan barang. Rak merupakan elemen
penting penyimpanan barang bagi setiap rumah. Ianya direka untuk mengoptimumkan
ruang dan pelbagaian variasi dengan corak dan penggunaannya.
Rak
ini juga boleh berfungsi sebagai satu perhiasan yang mana ianya boleh ditambah
dengan bunga ataupun barang perhiasan lain yang disisipkan di bahagian tepinya
menjadikannya lebih menarik, kemas dan elegan.
Selain
menyimpan koleksi buku, rak buku turut berfungsi sebagai ruang pameran, ruang
penyimpanan khasnya jika diletak di bilik tidur dan antara elemen penting
pembentukan pustaka mini. Misalnya, selain menempatkan buku, rak ini juga boleh
digunakan sebagai tempat habuk kapur. Cara ini membuatkan setiap ruang mampu
dimanfaatkan sebaiknya.
BAGAIMANA PROJEK REKACIPTA BERFUNGSI
BAGAIMANA PROJEK REKACIPTA BERFUNGSI
Tujuan
utama rekaan rak buku ini ialah sebagai alat penyimpan buku dan habuk kapur dan
amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Ianya juga sesuai diletakkan dirumah
dan bilik bacaan yang mana kotak kecil penyimpan habuk boleh digunakan sebagai
penyimpan peralatan penulisan yang kecil seperti pen, pensil, pemadam, pengorek
kecil dan sebagainya.
Kepelbagaian variasi dengan sisipan perhiasan lain seperti
pasu kecil, bunga dan corak yang bersesuaian ia juga boleh berfungsi sebagai
perhiasan meja atau bilik bacaan.
DISKRIPSI PROJEK REKACIPTA
1. Pemilihan idea
Pemilihan idea ialah proses di mana saya perlu
memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini
sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan
mempunyai ciri yang menarik minat pengguna. Bagi setiap idea penyelesaian
masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea
tersebut. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti:
a) Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan
kemudahan sedia ada.
b) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
c) Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan
kos yang rendah dan tidak membebankan.
d) Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai.
e)
Kepentingan produk
boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna.
f) Mesra alam.
2. MELAKAR PROJEK
Lakaran
projek yang dipilih boleh dibuat dalam tiga dimensi. Lakaran ini dihasilkan
untuk menggambarkan bentuk dan saiz projek rekacipta yang bakal dihasilkan. Beberapa
reka bentuk projek dibuat dalam bentuk lakaran tiga dimensi. Lakaran dibuat
bagi memberi gambaran yang jelas tentang proses-proses yang dilaksanakan dalam
menghasilkan projek rekacipta ini.
3.
PEMILIHAN REKA BENTUK
Pemilihan reka bentuk projek ini melalui proses
perbincangan dan penyataan idea yang panjang. Pelbagai reka bentuk
yang menarik dan sesuai telah dicadangkan yang mana ada diantara
produk berkenaan telah bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih
adalah berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat.
4.
MENILAI DAN MEMILIH KONSEP REKA BENTUK
Penilaian sebelum projek rekacipta ini dihasilkan
diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa
faktor utama yang telah dipersetujui dan digariskan terlebih dahulu iaitu:
a)
Fungsi
Projek rekacipta yang
dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan.
b)
Rupa bentuk
Projek rekacipta yang
dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai.
c)
Kesesuaian bahan
Projek rekacipta menggunakan
bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.
d)
Kaedah binaan
Projek rekacipta menggunakan
kaedah yang sesuai dan mudah.
e)
Ketahanan
Projek rekacipta
yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.
f)
Kos-Kos pembinaan
projek rekacipta tidaklah terlalu tinggi.
g)
Kemasan
Projek rekacipta yang
dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.
h)
Keselamatan
Projek rekacipta
ini mestilah selamat digunakan.
i)
Nilai komersial
Projek rekacipta ini berpotensi
untuk dikomersialkan.
5.
LUKISAN KERJA DAN LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK
Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, proses
yang seterusnya ialah membuat lukisan kerja dalam bentuk lukisan ortografik.
Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan sisi projek rekacipta yang
berlainan, iaitu:
1.
Pelan
2.
Pandangan hadapan
3.
Pandangan sisi
PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK
Perancangan pembinaan projek dilakukan dengan sistematik
melalui jadual yang tertera seperti dibawah. Projek rekacipta ini
dirancang agar dapat menjimatkan bahan, masa, dan kos.
1.
BAHAN
Kesesuaian
bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan
pembinaan projek rekacipta ini. Bahan-bahan yang dipilih juga perlu
sesuai dengan ketahanan projek
dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan
tersebut adalah:
a) Papan lapis
b) Paku
c) Kayu
d) Gam kayu.
e) Putty kayu
2.
ALATAN
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik
pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang
melibatkan beberapa proses:
a) Mengukur
b)
Membentuk
c)
Menanda
d)
Mencantum
e)
Memotong
f)
Kemasan
Proses
|
Alatan tangan yang digunakan
|
Mengukur dan menanda
|
Pita pengukur, pensel, pembaris
keluli, sesiku L
|
Memotong
|
Gergaji tangan, gergaji putting
|
Membentuk
|
Kikir parut
|
Mencantum
|
Tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu
|
Kemasan
|
Berus cat, berus syelek,
pengikis, cat penyembur bervarnish pelbagai warna
|
3.
JADUAL KERJA DAN KOS PENGELUARAN
Jadual kerja untuk memastikan kerja yang
dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Ia juga digunakan untuk
mengira kos pembinaan projek rekacipta ini.
Aktiviti/Minggu
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
Mengenal
pasti masalah
|
/
|
||||||||
Mengumpul
maklumat dan data
|
/
|
||||||||
Menjana
idea, melakar, dan memilih projek
|
/
|
||||||||
Perancangan
dan pembinaan projek
|
/
|
||||||||
Pemasangan,
pengujian, dan pengubahsuaian
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|||||
Dokumentasi
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
Persembahan
|
/
|
4.
PEMBINAAN,
PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK
Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan
kerja yang telah dilakarkan terlebih dahulu. Pengujian dan penilaian projek
adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak pereka
dan berfungsi dengan baik.


5.
MENGUKUR, MENANDA, DAN MEMOTONG
Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas
projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur, pembaris
keluli, dan sesiku L. Proses pengukuran mestilah tepat oleh itu proses ini
dilakukan berulang kali dan berhati-hati.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong
atau digerudi mengunakan alatan seperti pensel, tolak penanda, dan pisau
penanda.
Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong
bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting.
6. MEMBINA
DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK
Proses membina dan mencantum melibatkan kerja
pembinaan mengglu, memaku, memasang skru dan meribet. Bahan dan alatan yang
digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat. Proses membina ini
mengunakan rekabentuk yang telah dirancang sebelum ini. Bahan-bahan binaan seperti
kayu ataupun boleh juga menggunakan mounting board dicantumkan mengunakan paku
atau skru.
LANGKAH-LANGKAH
MEMBUAT RAK BUKU
a)
Tandakan bahagian
tepi kayu yang hendak dipaku.
c)
Gunakan kreativiti
sendiri supaya hasil terserlah.
7. MENGUJI
DAN MENILAI PROJEK
Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah
diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi sepenuhnya. Sebarang
pengubahsuaian perlulah dilakukan dan diuji pada tahap ini. Tujuan pernilaian
adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan menepati konsep yang
ingin ditampilkan.
8. MEMBUAT
KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan
yang sesuai dengan projek. Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti
tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat. Di dalam projek rekacipta
ini saya menggunakan syelek dan penyembut cat bervarnish yang banyak terdapat
di pasaran. Penyembur cat bervarnish mudah kering dan murah selain mempunyai
pelbagai variasi warna yang boleh digabungkan didalam projek rekacipta ini.
RUJUKAN
1.
www.dskon.com › Home & Garden
2. perempuan.com/read/rak-buku-fungsi-ganda
3. www.bharian.com.my/bharian/articles/Rakserbaguna/Article/index
5. relakssminda.blogspot.com/2013/05/kreativiti-rekaan-rak-buku.html
6. www.rekacipta.net/
7. www.freewebs.com/rekacipta/
8.
www.miexpo.upm.my/index.php/rekacipta-inovasi-sekolah
DOKUMENTASI BERGAMBAR

PROSES PENGUKURAN DAN PENANDAAN BAHAN PROJEK REKA
CIPTA

PROSES MENGAPIT BAHAN PROJEK
REKACIPTA MENGGUAKAN APIT G

PROSES PEMOTONGAN BAHAN PROJEK
REKACIPTA MENGUNAKAN GERGAJI POTONG DAN APIT G.

PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK
REKACIPTA MEGGUNAKAN KERTAS PASIR, KIKIR KASAR DAN KIKIR HALUS.

PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGGUNAKAN
SYELEK DAN BERUS CAT.

PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGUNAKAN
PAKU DAN TUKUL.

PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

PROSES
PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

PROSES PENGUJIAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

BAHAN PROJEK REKACIPTA YANG TELAH BERJAYA DISIAPKAN.

Langgan:
Catatan (Atom)