Rabu, 29 Januari 2014

KLINIK

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. 

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni? 

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor. 

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta, 

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi? 

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor! 

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak... 

Doktor: Hang pesal lak ni? 

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

KISAH CUTI SEKOLAH

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Samy Vellu Berjaya Menyelesaikan Masaalah AP

Dalam sidang parlimen yg lepas Datuk Seri S. Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara bekas PM Tun Dr. Mahathir dengan Menteri MITI Datuk Seri Rafidah Aziz. Idea beliau sangat bernas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman. Berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan."Tuan yg Dipertua, Selaku menteri kabinet, ali Barisan Nasyenel dan Presiden YemAiSi... saya teylah berbincangkan wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan sepanjang lebarnya. Akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat Pedanamentri supayye wisyu wini disilisaikan dingan simangat pesefaman dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TuMahadey. Ini idea tilahpun lama diterimapakey woleh suummmmmmmmmma ali-ali YemAiSi termaso ali kuluarga saya sindirri. Maka dingan ini YemAiSi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa silu-segannya Menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang... RAFIDAH A/P MAHATHIR."

TRAJEDI BUNUH DIRI

Sekumpulan Mat Rempit ternampak seorang  perempuan cun berdiri di tengah jambatan seperti nak bunuh diri. Dia orang pun parking la motor dia orang kat tepi dan cuba nak menolong.

Leader dia orang menghampiri perempuan cun itu dan bertanya, "Apa yang saudari cuba buat ni?"

"Saya nak bunuh diri", perempuan cun itu berkata.

Leader tak nak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan, jadi dia bertanya, "Saya tak dapat nak menghalang saudari, tapi memandangkan saudari dah nekad, apa kata saudari beri saya satu ciuman selamat tinggal?"

So perempuan cun itu pun bagi la french kiss yang kaw-kaw kat leader tu.

Dah siap cium, leader berkata, " Wow, best giler ciuman tu. Kenapa saudari nak bunuh diri?"

"Mak ayah saya tak suka saya berpakaian seperti perempuan".

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa mangsa mungkin ditolak jatuh dari jambatan itu.

CERITA NENEK DENGAN PEMANDU TEKSI

Ada tiga orang nenek tua pergi ke pusat mebeli-belah. Lepas mebeli-belah, dia orang tahan teksi.
Ketiga-tiga naik teksi dan duduk di kerusi belakang.Sepuluh minit dalam perjalanan, terdengar plastik berbunyi di belakang. sepuluh minit minit selepas tu , nenek bertanya kepada pemandu teksi.
Nenek: Adik ohhh adik, kamu mahu makan kacang?
Pemandu Teksi: Boleh juga Makcik.
Sambil dia menghulur tapak tangannya ke arah nenek tadi tanpa menoleh ke belakang. Dia pun melihat di telapak tangannya penuh dengan pelbagai jenis kacang. Lalu memasukan ke dalam mulut.

Pemandu Teksi: Oii , sedap kacang ni Makcik. Freeeeesh lagi. Tiada garam.

Sepuluh minit kemudian, Makcik bertanya.
Makcik: Adik, kamu mahu kacang lagi?
Pemandu Teksi: Buleh juga Makcik.
Sambil menghulur tangannya. Lepas di masukkan ke dalam mulut, dan mengunyah, dia bertanya kepada makcik tersebut.
Pemandu Teksi: Makcik, tak makan kacang ke?
Nenek itu pun jawab.
Nenek: Kau tau lah kami ni adik. Sudah tua, tiada gigi. Kami suka isap dia punya coklat saja!

Sketsa kehidupan

Sketsa kehidupan pagi jumaat:

Baru jam 10 pagi, terdengar seseorang melaungkan azan. penduduk kampung berasa pelik lalu bergerak ke masjid untuk siasat.
   Setiba di masjid, mereka mendapati ada seorang lelaki yang mereka anggap gila sedang azan.
    Ketua kampung menjerit
"Hoi! Jam 10 pagi ni azan solat
apa?" Orang gila menjawab: "Tadi, azan yang betul jam 6 pagi ada 4 orang je yang datang, ni azan yang salah, sekampung pulak yang datang. siapa gila?"

Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui


Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui
Dunia selalu penuh kejutan , termasuk kekayaan ikannya di lautan . Baru – baru ini ada pemancing dikejutkan mencari ikan yang seluruh tubuhnya bagaikan plastik
Ikan unik itu mempunyai nama Salpa Maggiore dan memang sangat jarang dijumpai . Pemancing berasal dari New Zealand yang menangkapnya sedang berenang di permukaan laut . Saat itu Stewart Fraser sedang memancing dengan anaknya di 43 km sebelah utara Pulau Utara Karikari Peninsula dan mengiranya sebagai udang .
” Aku berfikir sama ada perlu menangkapnya , tapi rasa ingin tahu lebih kuat sehingga aku memutuskan melihatnya lebih dekat , ” kata Stewart . ” Rasanya bersisik dan tidak lembik , hampir seperti jeli , dan anda tidak boleh melihat apa – apa di dalamnya selain gumpalan kecil oren .
Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui2 Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di TemuiIkan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui3 Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui
” Kami tidak tahu itu apa dan tidak pernah melihat seperti ini sebelumnya , ” kata Stewart lagi yang kemudian mengambil gambarnya . Dari penemuan aneh ikan itu mengundang topik hangat di internet .
Sedangkan Deborah Cracknell dari Akuarium Nasional di Plymouth yakin ikan itu Salpa Maggiore atau Salpa maxima . Ikan itu memang jarang di temui dan lebih banyak hidup di Lautan Selatan atau laut bersuhu sejuk . Mereka makan fitoplankton dari lapisan atas yang diterangi cahaya matahari .


Sumber: Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui | Fuh.My 

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram


images (1)
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: “Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”
Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.


Sumber: Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram | Fuh.My 

Cerita Lawak Dua Hantu


Cerita Lawak Dua Hantu Sengal Ubi. Amaran! Cerita lawak ini cuma sekadar hiburan. Why so serious? Layannn...Tersebutlah kisah dua orang hantu...
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Keh Keh Keh!! Elok benar lah tu


Sumber: Cerita Lawak Dua Hantu Sengal Ubi | Fuh.My 

Fakta Lawak Tapi Ada Kebenarannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Dr Fuh yang dikasihi. Tadi Dr Fuh jalan-jalan ke satu laman forum. Lepastu ada terbaca di laman tersebut satu fakta lawak yang sangat awesome. Tapi dalam lawak-lawak tu ada kebenarannya. Kalau tak percaya korang baca bawah ni. Selamat terasa ye icon smile Fakta Lawak Tapi Ada Kebenarannya
1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap ‘cibai’ kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.


Sumber: Fakta Lawak Tapi Ada Kebenarannya | Fuh.My 

LAWAK ANTARABANGSA

Kisah Lawak Antarabangsa Isteriku Liza | Jom kita baca satu kisah lawak antarabangsa ni, kompom tak kering gusi.. hehe.. layan..
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,”
kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,”
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
“Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.
Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 km/j dah la.. Liza takut.”
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok.
Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!
“Usin….bangun Sin,”
sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
“Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?”
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu- mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
“Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!”
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


Sumber: Kisah Lawak Antarabangsa Isteriku Liza | Fuh.My 

5 Slogan Jenama Yang Lucu

5 Slogan Jenama Yang Lucu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sekarang ni, Teacher Muja perasan ramai orang suka berbisnes, terutama bisnes di atas talian. Alhamdulilah. Perniagaan adalah punca utama rezeki. Bisnes yang berjaya memerlukan skil dan kepakaran dalam banyak aspek terutamanya aspek promosi kerana teknik promosi yang hebat akan berjaya meyakinkan para pelanggan.
Dalam mempromosikan jenama, pemilihan slogan yang tepat adalah sangat penting. Slogan yang baik seharusnya ringkas tetapi berjaya memberi gambaran kelebihan yang ada pada sesuatu produk. Selain itu, slogan juga perlu mudah diingati. Antara cara meninggalkan imej mental kepada pelanggan adalah dengan mencipta slogan jenama yang lucu kerana manusia sangat tertarik dengan perkara yang menghiburkan.
Di bawah adalah senarai 5 slogan jenama yang lucu. Slogan-slogan yang digunakan ternyata berjaya membawa produk-produk ini ke satu tahap pencapaian tersendiri sehingga menjadi sangat popular seantero dunia.
Candy Crush – Game Version of Pure Cocaine
honest slogans candy crush 300x220 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Sharpie – Turns Passed Out Person Into a Canvas
honest slogans sharpie 300x224 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Netflix – Spend More Time Searching Than Actually Watching
honest slogans netflix 300x201 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Chapstick – You’ll Misplace It Before the Tube’s Empty
honest slogans chapstick 300x179 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Pepsi – When There is No Coke
honest slogans pepsi 300x212 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Sangat kreatif bukan? Produk di atas adalah produk-produk yang telah berjaya diperkenalkan kepada seluruh dunia. Terbuktilah penggunaan slogan sangat penting dalam mempromosikan produk. Oleh itu, kita seharusnya mengambil berat tentang slogan yang dicipta kerana ia menggambarkan identiti sesebuah produk. Nampak sahaja remeh dan kecil serta tidak penting, tetapi ternyata slogan adalah sangat berkuasa.
Wassalaam.


Sumber: 5 Slogan Jenama Yang Lucu | Fuh.My 

Jangan lepasi batasan ketika hukum pelajar

Jangan lepasi batasan ketika hukum pelajar
BALING - Pengarah Pelajaran Kedah Datuk Mansor Lat semalam mengingatkan para guru di negeri itu agar tidak menghukum pelajar di luar batasan dan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Malah beliau turut mengingatkan supaya para guru bersikap lebih bertanggungjawab terhadap pelajar dan tidak menghukum anak didik mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

“Apa saja tindakan keterlaluan yang dilakukan guru terhadap pelajar mereka tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat,” katanya selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan RM100 kepada 487 pelajar termasuk 32 pelajar Orang Asli kampung Lubuk Legong di Sekolah Kebangsaan Siong di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan seorang guru yang melayan dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai, Perak seperti lembu apabila menggantung loceng di leher kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan, Khamis lalu.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis itu, beliau turut meminta agar ibu bapa dan waris pelajar supaya memahami serta menghargai wang bantuan awal persekolahan yang diberikan kerajaan itu.

Seorang ibu pelajar Orang Asli, Norlela Rajin, 26, berkata bantuan awal persekolahan itu boleh meringankan beban menyediakan persiapan persekolahan anaknya.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan yang memberi wang bantuan awal persekolahan untuk kami guna membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak kami,” katanya.- Bernama

Guru perlu kawal emosi

Guru perlu kawal emosi

Share on facebook
Share on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0
KUALA TERENGGANU - Guru perlu bijak mengawal emosi dan tidak menjatuhkan hukuman ke atas murid tanpa merujuk pihak atasan terlebih dahulu, memandangkan sensitiviti bidang pendidikan kini begitu meluas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib berkata, setiap guru perlu lebih berhati-hati dalam mengenakan hukuman supaya tidak menimbulkan polemik atau keadaan tidak selesa kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.

“Merujuk kes yang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Perak baru-baru ini, tindakan guru itu secara tidak langsung memberi pandangan negatif terhadap profesion perguruan, seolah-olah guru tiada etika pendidikan, pembelajaran dan pengajaran.

“Malah memberi gambaran seolah-olah sistem pendidikan dan latihan guru tidak berkesan, sedangkan program yang diatur sistematik di mana setiap guru perlu melepasi proses dan latihan praktikal sebelum mendapat kelulusan menjadi seorang guru,” katanya.

Ghazali berkata, mengikut etika perguruan, semua perkara telah disentuh bermula dari perwatakan seorang guru sehingga kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran.

“Di sekolah, kita ada jawatankuasa disiplin, guru disiplin dan guru hal ehwal murid. Mereka boleh hukum pelajar dan setiap kesalahan itu mesti direkodkan. Guru tidak boleh buat sembarangan, kerana Kementerian Pendidikan dah letak garis panduan hukuman terhadap murid.

“Setelah lembaga disiplin pelajar bermesyuarat dan mendapati kes itu munasabah untuk dikenakan tindakan, barulah hukuman dikenakan.

"Di Terengganu, kita masih menggunakan peraturan sama di bawah Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah 1959,” katanya.

Bagaimanapun, Ghazali berkata, dalam kes di SJKC di Perak itu, pihak sekolah dan masyarakat tidak seharusnya menyalahkan guru itu 100 peratus kerana tidak mengetahui punca sebenar guru itu bertindak sedemikian.

FOTO MENARIK

Foto Global

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA

Foto Menarik