Khamis, 24 Oktober 2013

1.7 juta isi rumah belum miliki kediaman sendiri

KUALA LUMPUR - Seramai 1.7 juta isi rumah di Malaysia belum memiliki kediaman sendiri, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 
Untuk membantu golongan itu memiliki rumah sendiri, katanya kerajaan merancang menyediakan 1 juta rumah dalam tempoh lima tahun.
Rumah itu akan dibina melalui kementerian, Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju-pemaju swasta.
"Sehingga September ini, Perbadanan PR1MA telah meluluskan 30 projek rumah mampu milik yang melibatkan 44,227 unit rumah di seluruh negara dan lokasi yang dikenal pasti ialah Sabah, Johor, Perak, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.
"Jumlah rumah mampu milik yang dibina SPNB pula bagi tempoh 2011 sehingga September ini ialah 3,614 unit di seluruh negara," katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Azalina bertanya mengenai statistik terkini peratusan penduduk kawasan bandar yang memiliki rumah sendiri berbanding yang menduduki rumah sewa.
Sehingga September lepas, kementerian menyediakan 93 projek perumahan melibatkan 69,336 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan enam lagi projek melibatkan 3,080 unit rumah dibangunkan di Melaka, Kedah dan Kelantan, kata Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkata menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 4.67 juta unit rumah di Malaysia sehingga Jun lepas.
Beliau juga menafikan dakwaan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Baharu) berlakunya ketidakadilan dalam prosedur pengagihan rumah mampu milik berdasarkan fahaman politik pemohon. - Bernama

8,000 keracunan makanan setahun membimbangkan

8,000 keracunan makanan setahun membimbangkan


 
Amat mengejutkan dan menyedihkan apabila membaca berita mengenai kehilangan tiga nyawa dan 60 yang lain dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan.

Ia dilapor berlaku selepas mengambil makanan yang dihidangkan dalam satu majlis kenduri perkahwinan yang diadakan pada Sabtu lalu di Kedah.

Punca keracunan masih belum dipastikan tetapi dipercayai disebabkan oleh pencemaran.

Di Amerika Syarikat, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta menganggarkan terdapat 76 juta kes penyakit bawaan makanan di Amerika Syarikat setiap tahun dengan 325,000 kes yang perlu dimasukkan ke hospital.

Dan sebanyak 5,000 kes berakhir dengan kematian. Ini bermakna suku daripada penduduk Amerika Syarikat terjejas setiap tahun.

Bilangan kes yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas (purata sekitar 8,000 setahun) hanya segelintir daripadanya, memandangkan terdapat kes keracunan makanan yang tidak dilaporkan. 

Dengan mengandaikan standard keselamatan makanan kita tidak kurang buruknya berbanding Amerika Syarikat, ia bermakna penduduk kita boleh mengalami nasib yang sama, dengan peratus yang besar rakyat Malaysia (kemungkinan sehingga 6 juta atau lebih) terjejas akibat keracunan makanan setiap tahun.

Risiko keracunan makanan tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh mengakibatkan kematian. Kanak-kanak lebih mudah terjejas berbanding orang dewasa.

Kementerian Kesihatan perlu menubuhkan dengan segera pasukan petugas khas untuk menjalankan pemeriksaan tetap di kedai dan pusat makanan termasuk kantin sekolah, kantin kilang, pusat makanan, penyedia makanan dan gerai makan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar diberi kuasa tambahan kepada pegawai kesihatan yang perlu dilakukan dengan secepat mungkin. 

Diharapkan pemeriksaan di seluruh negara terhadap semua semua kedai dan pusat makanan boleh dijalankan secara tetap sepanjang tahun tanpa sebarang halangan.


SM MOHAMED IDRIS presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
PBS: Sekolah bukan bahan uji kaji


 
Lajnah Pendidikan PAS sentiasa memberi perhatian kepada dasar-dasar awam berkaitan pendidikan di negara ini. 

Mutakhir ini, berita mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) sebagai ganti kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah menarik perhatian kami.

PBSMR diputuskan pelaksanaannya menggantikan PMR di bawah satu dasar yang dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

PBS telah mendapat banyak kritikan daripada guru kerana sistemnya yang sukar untuk dilaksanakan dengan lancar disebabkan oleh kekurangan prasarana serta isu-isu lain yang berkaitan seperti nisbah guru dan pelajar.

Persoalannya, bagaimana satu perubahan yang besar melibatkan masa depan pelajar boleh dilakukan mungkin dengan keadaan tergesa-gesa tanpa persediaan yang mencukupi?

Dilaporkan di muka hadapan Berita Harian pada 1 Oktober lalu bahawa peperiksaan PBSMR hanya membabitkan empat subjek teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Format baru dijangka akan dimuktamadkan November ini.

Persoalannya, kenapa PBS diputuskan di peringkat PMR dan bukannya UPSR. Kenapa empat subjek teras tersebut peperiksaannya dilakukan secara berpusat seolah-olah pentaksiran berasaskan sekolah itu tidak diyakini.

Berdasarkan pelaksanaan sedia ada, PMR adalah peperiksaan peringkat menengah rendah yang membolehkan penilaian diambil ke atas pelajar bagi mengagihkan mereka sama ada kepada aliran Sains, sains sosial atau sastera. 

Bgaimanapun, kerajaan dilihat sangat beria-ria hendak menghapuskan PMR dan menggantikan dengan PBSMR.

Lebih baik sekiranya pelaksanaan PBS pentaksiran di peringkat UPSR - peringkat yang paling asas. Dengan itu kelemahan dapat di atasi dan keraguan terhadap kemampuan guru dan sekolah dalam PBS di peringkat UPSR tidak menjadi persoalan yang terlalu besar berbanding di peringkat PMR.

Isu yang kedua berkaitan empat subjek teras termasuklah subjek Bahasa Inggeris yang wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2016.

Setelah kajian dilakukan dengan 'panjang lebar' dan menelan belanja sebanyak RM20 juta melibatkan konsultan luar negara, didapati kerajaan ingin kembali kepada pusingan awal yang mahukan Bahasa Inggeris berada di peringkat tertinggi dalam dasar pendidikan negara.

Malah subjek Sains dan Matematik turut serta menjadi sebahagian daripadanya. Difahamkan kertas peperiksaan PBSMR akan menggunakan dwibahasa.

Apa yang menyedihkan, subjek agama Islam tidak pula diwajibkan lulus dan tidak termasuk di dalam subjek yang wajib dinilai di peringkat tertinggi. 

Seharusnya subjek agama Islam dipandang serius bagi mendidik pelajar berakhlak mulia serta beramal dengan ajaran Islam.

Kami mengingatkan kerajaan BN supaya tidak menjadikan sekolah sebagai bahan uji kaji dan menjadikan pendidikan sebagai produk perniagaan kepada mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan seperti yang telah berlaku dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Di samping itu, Lajnah Pendidikan PAS juga memberi peringatan agar kerajaan tidak merencanakan bidang pendidikan negara ini untuk membaratkan rakyat dan melemahkan jati diri umat Islam.


DATUK ABU BAKAR CHIK pengerusi lajnah pendidikan Pusat PAS.
Pelajar bertempiaran, bumbung diterbang angin


 
Penghuni asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar, lari bertempiaran apabila bumbung bangunan terbabit diterbangkan angin kencang dalam kejadian petang semalam. 
    
Dalam insiden pukul 4.30 petang itu, pelajar tingkatan empat dan lima terbabit serta warden mereka bertempiaran mencari tempat perlindungan apabila tiba-tiba bumbung bangunan tercabut.
    
Muhammad Adib Md Dan, 17, berkata semasa kejadian, dia dan rakan-rakannya baru pulang dari kelas tambahan.
    
"Masa kejadian, saya dan rakan-rakan baru habis kelas tambahan dan sampai di asrama, kami duduk di bahagian koridor sebelum menunaikan sembahyang Asar.
    
"Tiba-tiba angin kencang seperti puting beliung datang dan terbangkan bumbung asrama. Bumbung ampaian baju yang terletak di belakang asrama pun diterbangkan angin," katanya kepada pemberita di Alor Setar.
    
Adib berkata dalam keadaan kelam-kabut itu, dia dan rakan-rakannya menyorok di bawah katil bagi menyelamatkan diri. 
    
Seorang lagi pelajar, Muhammad Naim Nor Faiz, 17, berkata ketika kejadian dia juga berada di koridor sebelum melihat atap zink bumbung asrama tercabut satu persatu.
    
"Kami lari menyorok bawah katil dan angin kencang itu mula berhenti selepas azan solat Asar berkumandang di surau sekolah," katanya.
    
Bernama

LAMPU SOLAR

LAMPU JALAN TENAGA SOLAR

Lampu Jalan Umum Tenaga Solar  adalah lampu jalan yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga tenaga eletriknya.  Jalan Umumnya Tenaga Solar sangat sesuai digunakan untuk jalan-jalan di daerah-daerah yang belum terjangkau oleh tenaga eletrik TNB dan juga daerah-daerah yang mengalami krisis tenaga tenaga eletrik terutama di daerah terpencil.
Pengunaan Lampu Jalan Tenaga Solar merupakan sebuah alternatif yang murah dan jimat untuk digunakan sebagai sumber tenaga eletrik kerana menggunakan sumber tenaga yang tak terbatas dari alam semulajadi iaitu tenaga matahari.  Menggunakan Modul/Panel Solar dengan lifetime hingga 25 tahun yang berfungsi menerima cahaya (sinar) matahari yang kemudian diubah menjadi tenaga eletrik melalui proses photovoltaic. 
Lampu Jalan Tenaga Solar secara outomatik dapat menyala pada waktu petang dan padam pada pagi hari dengan penyelangaraan yang mudah dan efisien selama bertahun tahun. Menggunakan Lampu LED jenis hi-power yang sangat terang, jimat tenaga dan tahan lama. Masa pemakaian Lampu LED boleh mencapai 50.000 jam dengan sumber kuasa DC.
Dengan lamanya interval penggantian lampu bererti juga mengurangi frekuensi dan menjimatkan kos operasi dari segi perbelanjaan penggantian dan penyelengaraan mentol lampu. Bateri yang digunakan adalah Bateri bebas penyelangarran (maintenance free) jenis VRLA dan tipe Deep Cycle.
Tenaga Solar beroperasi secara mandiri dan tidak memerlukan kabel jaringan antar tiang sehingga installasinya menjadi sangat mudah, praktis, sangat ekonomis dan tentunya dapat terhindar dari black out total jika terjadi gangguan.
Lampu jalan tenaga matahari mempunyai ketinggian tiang yang berbeza-beza, bermula dari ketinggian 7 m hingga 9 m. Jarak antara tiang juga bervariasi bermula dari 15m hingga 50m. Jarak antara tiang adalah bergantung kepada ketinggian tiang, jenis lampu, dan cahaya yang diperlukan (brightness).
Secara keseluruhan sistem ini dirancang untuk penyediaan pencahayaan umum dengan sumber tenaga baharu, kurang dari segi aspek penyelangaraan dan ekonomi. Dengan sistem pemasangan yang cepat dan mudah, Lampu LED Tenaga Solar boleh menjadi penyelesaian bagi masalah lampu jalan masa kini.

Kebaikan Lampu Jalan Berkuasa Solar
Kebaikan utama pemasangan lampu jalan termasuklah peningkatan tahap keselamatan jalan raya serta penurunan kadar jenayah. Kebanyakan perhentian bas di kawasan-kawasan pedalaman tidak mempunyai lampu dan ada sesetengahnya pula dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini membahayakan keselamatan mereka yang menunggu bas terutamanya golongan wanita.
a. Tenaga solar percuma.
Adakah anda tahu bahawa bumi menyerap 174 pettawatts daripada sinaran suria? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih daripada cukup tenaga bebas sumber kepada kuasa tiap-tiap rumah di dunia. Sayangnya, kebanyakan tenaga kita masih diambil dari minyak, gas dan arang batu. Tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ada peningkatan kukuh dalam permintaan untuk tenaga alternatif dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar. Adalah dianggarkan bahawa permintaan terhadap sumber tenaga alternatif akan meningkat sebanyak 53% dari sekarang sehingga tahun 2020.

b. Peningkatan tahap keselamatan jalan raya
Kajian telah membuktikan bahawa keadaan gelap telah menjadi antara penyumbang utama kepada jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi, terutamanya yang melibatkan pejalan kaki; pejalan kaki adalah 3 hingga 6.75 kali lebih berisiko berdepan kemalangan jalan raya semasa gelap berbanding semasa terang. Lampu jalan didapati berupaya mengurangkan kemalangan melibatkan pejalan kaki sehingga lebih kurang 50%.
Selain itu, persimpangan searas serta persimpangan bertingkat yang dipasang lampu jalan didapati kurang cenderung berlaku kemalangan berbanding persimpangan searas serta persimpangan bertingkat yang gelap dan tidak dipasang lampu jalan.

c. Penurunan kadar jenayah
Sistem pencahayaan yang sangat baik mampu mengurangkan kadar jenayah terutamanya yang melibatkan jenayah harta-benda seperti samun, ragut, curi kenderaan serta pecah masuk kediaman. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, pemasangan lampu jalan terbukti mampu mengurangkan kadar jenayah terutamanya di kawasan bandar dan perumahan.

d. Menjimatkan Tenaga Elektrik
 Jadi kita mencipta lampu menggunakan tenaga solar ini kerana ia dapat menjimatkan tenaga elektrik malah lampu ini mudah dipasang tanpa sebarang pendawaian. Dengan sedikit pengubahsuaian, lampu tersebut boleh dipasang mengikut kehendak pengguna tanpa bebanan tenaga elektrik.

e. Pemasangan yang mudah dan murah
Walaupun agak baru diperkenalkan, lampu menggunakan tenaga solar itu kini sudah mula dipasang di Lenggong, Perak dan Kubang Pasu, Kedah. Berbanding kos pendawaian elektrik baru yang agak mahal, lampu berkuasa solar hanya memerlukan kos kurang RM3,000 untuk dipasang.
Harga sel photovoltaic semakin berkurangan. Permintaan untuk panel solar telah meningkat sebanyak 57% di Amerika Syarikat pada 2007 dan semakin meningkat pada asas bulanan. Peningkatan dalam hasil permintaan dalam peningkatan dalam teknologi solar. Harga sel photovoltaic telah menurun secara purata oleh 4% setiap tahun pada masa lalu 15 tahun.


f. Boleh digunakan secara maksima dan penyelangaraan yang minima
Lampu tenaga solar tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa kerana ia disertakan dengan bateri yang akan mengecas secara automatik apabila sumber tenaga solar berkurangan.
Oleh demikian, jelasnya, walaupun cahaya matahari berkurangan seperti waktu hujan, lampu tenaga solar itu akan tetap boleh menyala. Panel solar boleh dipasang pada bumbung yang paling atas, menghapuskan masalah mencari tempat yang sesuai untuk pemasangan. Panel solar memerlukan penyelenggaraan yang sangat sedikit atau tiada. Teknologi sel photovoltaic asal digunakan bagi kebanyakan satelit yang mengorbit planet kita hari ini yang tidak dikekalkan pada setiap 40 tahun. Banyak pengeluar panel solar memberikan 25 untuk 40 tahun jaminan pada produk mereka.
Oleh kerana kebanyakan kawasan yang menerima jumlah yang besar daripada cahaya matahari sepanjang tahun, panel solar boleh dipasang praktikal di mana-mana.

g. Kurang Pencemaran
Tenaga solar adalah bersih, boleh diperbaharui dan mampan. Oleh kerana tenaga yang dicipta daripada sinaran matahari tidak menghasilkan hasil sampingan (orang-orang dari loji kuasa bahan bakar fosil, seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, raksa atau karbon dioksida), ia tidak menyumbang kepada pencemaran. Sewajarnya, peningkatan dalam penggunaan tenaga solar dan lain-lain bentuk tenaga alternatif akan mengurangkan permintaan bagi loji kuasa yang menghasilkan gas rumah hijau.

h. Perlepasan Cukai
Penguna layak untuk menerima kredit cukai dan rebat untuk memasang sistem tenaga solar untuk rumah anda. Kerajaan telah memberi pelepasan cukai bagi mengalakkan pengunaan tenaga diperbaharui yang lebih mesra alam. Sejumlah insentif juga diberikan kepada pengunaan kereta yang mengunakan bateri yang mesra alam dalam Pembentangan Belanjawaan 2013 yang lepas.