Selasa, 12 Februari 2013

ASIGNMENT HBEF 2803





Susahnya nak buat video. Dah berumur ni banyak yang kena belajar. Sejak sambung belajar di bawah kelolaan KPM di Open University of Malaysia sejak Januari 2011 kepala pun dah naik pening. Lama benar tinggal study sejak keluar dari Maktab Perguruan Ipoh pada tahun 2000.

 Banyak halangan dan cabaran dan halangan terpaksa saya tempuhi. itu yang tak sempat nak update dalam blog. Sibuk dengan asignment, ujian dan rutin harian.

Saya hanya mampu berdoa kepada tuhan semoga diberikan kekuatan agar saya dapat menghabiskan pengajian ini dengan jayanya. Dorongan sahabat, suami dan anak-anak membuatkan saya lebih bersemangat lagi menempuh hari-hari yang mendatang.
Rasa malaslah pulak nak update dalam blog aku ni. Kerja tengah banyak. Nak siapkan asignment lagi. Nak siapkan lesson plan lagi. Nak layan kerenah anak lagi. Tu yang lama tak update tu.

    Diam tak diam kita dah sebulan lebih melangkah ke tahun 2013. Semoga impian dan azam tahun lepas tercapailah hendaknya. Yang mana tak berazam tu belajar-belajarlah.

Pada tahun ini juga kita juga bakal di hidangkan dengan suasana dan demam Pilihanraya. Tarikhnya saja yang kita tak pasti. Semoga kita semua berupaya membuat penilaian dan pemilihan yang amat bijak.

Itu sajalah yang dapat aku catitkan buat waktu ini. Nanti kalau senang-senang aku updatelah lagi.

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum......

Sabtu, 19 Januari 2013

Asignment HBEF 2803

Susah nak siapkan video tugasan subjek ni. Failnya terlalu besar. Server kat OUM cuma limitkan hanya 20M sahaja. Dah cuba upload 2 3 kali tetapi gagal jugak. Aku pun uploadlah dalam blog aku nak bagi orang lain tengok.

Selasa, 4 September 2012

ADUH!!!!! MALASNYA NAK NAIK KERJA

Sudah hampir 3 minggu kita merayakan Hari Lebaran. Sepanjang minggu ini banyak dipenuhi undangan majlis rumah terbuka, Marhaban dan sambutan Hari Raya yang lain. Ada juga yang mengadakan Majlis Perkahwinan di hari-hari cuti hujung minggu. Almaklumlah sedara mara jauh, senang nak datang sekalugus beraya sekali.
    Kat sekolah pula penuh dengan peperiksaan hujung tahun dan UPSR yang berlangsung pertengahan September 2012. Banyaklah kerja kena buat laporan itu dan laporan ini. Itu belum lagi termasuk laporan yang kena buat mingguan seperti lesson plan dan mesyuarat sekolah. Kalau tak buat nanti kena marah dengan GPK dan Guru Besar. Banyak lagi agenda-agenda sekolah yang kena buat seperti kelads tambahan, mesyuarat mingguan dan semester OUM yang akan bermula dipenghujung september nanti.

Hai apa nak buat. Kena kuatkan semangat kalau nak buat semua itu. Semua demi sesuap nasi bagi menampung kami sekeluarga.

Wassalam

ADUH!!!!! MALASNYA NAIK NAIK KERJA

Hari Raya dan hampir tiga minggu berlalu, saban hari kita dihidangakn dengan jemputan ke rumah terbuka, Majlis Sambutan Hari Raya dan Marhaban dari rumah ke rumah. Jenuh nak menunaikan hajat mereka semua. Perut pun terasa sendat, penuh dengan pelbagai makanan yang dihidangkan. Ada pulak yang mengambil kesempatan diwaktu cuti-cuti begini mengadakan majlis perkahwinan dan Majlis yang sewaktu dengannya.


Isnin, 20 Ogos 2012


Ini pulak gambar masa sesi fotografi kat tropikal village. ok lah jugak kan daripada x ada. boleh jadi kenag-kenangan masa tuaaa.heeeee