Sudah hampir 3 minggu kita merayakan Hari Lebaran. Sepanjang minggu ini banyak dipenuhi undangan majlis rumah terbuka, Marhaban dan sambutan Hari Raya yang lain. Ada juga yang mengadakan Majlis Perkahwinan di hari-hari cuti hujung minggu. Almaklumlah sedara mara jauh, senang nak datang sekalugus beraya sekali.
Kat sekolah pula penuh dengan peperiksaan hujung tahun dan UPSR yang berlangsung pertengahan September 2012. Banyaklah kerja kena buat laporan itu dan laporan ini. Itu belum lagi termasuk laporan yang kena buat mingguan seperti lesson plan dan mesyuarat sekolah. Kalau tak buat nanti kena marah dengan GPK dan Guru Besar. Banyak lagi agenda-agenda sekolah yang kena buat seperti kelads tambahan, mesyuarat mingguan dan semester OUM yang akan bermula dipenghujung september nanti.
Hai apa nak buat. Kena kuatkan semangat kalau nak buat semua itu. Semua demi sesuap nasi bagi menampung kami sekeluarga.
Wassalam
Selasa, 4 September 2012
ADUH!!!!! MALASNYA NAIK NAIK KERJA
Hari Raya dan hampir tiga minggu berlalu, saban hari kita dihidangakn dengan jemputan ke rumah terbuka, Majlis Sambutan Hari Raya dan Marhaban dari rumah ke rumah. Jenuh nak menunaikan hajat mereka semua. Perut pun terasa sendat, penuh dengan pelbagai makanan yang dihidangkan. Ada pulak yang mengambil kesempatan diwaktu cuti-cuti begini mengadakan majlis perkahwinan dan Majlis yang sewaktu dengannya.
Isnin, 20 Ogos 2012
Ahad, 12 Ogos 2012
Selasa, 7 Ogos 2012
Selamat Hari Raya
Sudah hampir sebulan kita menjalani ibadat puasa, kini semakin hampir kita menyambut Hari Lebaran dan sambutan hari raya. Tahun ini saya akan beraya di Kota Tinggi, Johor. Bersama keluarga belah mertua saya. Kena buat "Burasak" dan "Pat Loi". Pada hari raya ke-2 barulah saya dan suami bertolak ke kampung saya di Parit Yusof, Muar, Johor.
Langgan:
Catatan (Atom)



