Rabu, 29 Januari 2014

5 Slogan Jenama Yang Lucu

5 Slogan Jenama Yang Lucu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sekarang ni, Teacher Muja perasan ramai orang suka berbisnes, terutama bisnes di atas talian. Alhamdulilah. Perniagaan adalah punca utama rezeki. Bisnes yang berjaya memerlukan skil dan kepakaran dalam banyak aspek terutamanya aspek promosi kerana teknik promosi yang hebat akan berjaya meyakinkan para pelanggan.
Dalam mempromosikan jenama, pemilihan slogan yang tepat adalah sangat penting. Slogan yang baik seharusnya ringkas tetapi berjaya memberi gambaran kelebihan yang ada pada sesuatu produk. Selain itu, slogan juga perlu mudah diingati. Antara cara meninggalkan imej mental kepada pelanggan adalah dengan mencipta slogan jenama yang lucu kerana manusia sangat tertarik dengan perkara yang menghiburkan.
Di bawah adalah senarai 5 slogan jenama yang lucu. Slogan-slogan yang digunakan ternyata berjaya membawa produk-produk ini ke satu tahap pencapaian tersendiri sehingga menjadi sangat popular seantero dunia.
Candy Crush – Game Version of Pure Cocaine
honest slogans candy crush 300x220 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Sharpie – Turns Passed Out Person Into a Canvas
honest slogans sharpie 300x224 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Netflix – Spend More Time Searching Than Actually Watching
honest slogans netflix 300x201 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Chapstick – You’ll Misplace It Before the Tube’s Empty
honest slogans chapstick 300x179 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Pepsi – When There is No Coke
honest slogans pepsi 300x212 5 Slogan Jenama Yang Lucu
Sangat kreatif bukan? Produk di atas adalah produk-produk yang telah berjaya diperkenalkan kepada seluruh dunia. Terbuktilah penggunaan slogan sangat penting dalam mempromosikan produk. Oleh itu, kita seharusnya mengambil berat tentang slogan yang dicipta kerana ia menggambarkan identiti sesebuah produk. Nampak sahaja remeh dan kecil serta tidak penting, tetapi ternyata slogan adalah sangat berkuasa.
Wassalaam.


Sumber: 5 Slogan Jenama Yang Lucu | Fuh.My 

Jangan lepasi batasan ketika hukum pelajar

Jangan lepasi batasan ketika hukum pelajar
BALING - Pengarah Pelajaran Kedah Datuk Mansor Lat semalam mengingatkan para guru di negeri itu agar tidak menghukum pelajar di luar batasan dan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Malah beliau turut mengingatkan supaya para guru bersikap lebih bertanggungjawab terhadap pelajar dan tidak menghukum anak didik mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

“Apa saja tindakan keterlaluan yang dilakukan guru terhadap pelajar mereka tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat,” katanya selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan RM100 kepada 487 pelajar termasuk 32 pelajar Orang Asli kampung Lubuk Legong di Sekolah Kebangsaan Siong di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan seorang guru yang melayan dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai, Perak seperti lembu apabila menggantung loceng di leher kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan, Khamis lalu.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis itu, beliau turut meminta agar ibu bapa dan waris pelajar supaya memahami serta menghargai wang bantuan awal persekolahan yang diberikan kerajaan itu.

Seorang ibu pelajar Orang Asli, Norlela Rajin, 26, berkata bantuan awal persekolahan itu boleh meringankan beban menyediakan persiapan persekolahan anaknya.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan yang memberi wang bantuan awal persekolahan untuk kami guna membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak kami,” katanya.- Bernama

Guru perlu kawal emosi

Guru perlu kawal emosi

Share on facebook
Share on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0
KUALA TERENGGANU - Guru perlu bijak mengawal emosi dan tidak menjatuhkan hukuman ke atas murid tanpa merujuk pihak atasan terlebih dahulu, memandangkan sensitiviti bidang pendidikan kini begitu meluas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib berkata, setiap guru perlu lebih berhati-hati dalam mengenakan hukuman supaya tidak menimbulkan polemik atau keadaan tidak selesa kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.

“Merujuk kes yang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Perak baru-baru ini, tindakan guru itu secara tidak langsung memberi pandangan negatif terhadap profesion perguruan, seolah-olah guru tiada etika pendidikan, pembelajaran dan pengajaran.

“Malah memberi gambaran seolah-olah sistem pendidikan dan latihan guru tidak berkesan, sedangkan program yang diatur sistematik di mana setiap guru perlu melepasi proses dan latihan praktikal sebelum mendapat kelulusan menjadi seorang guru,” katanya.

Ghazali berkata, mengikut etika perguruan, semua perkara telah disentuh bermula dari perwatakan seorang guru sehingga kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran.

“Di sekolah, kita ada jawatankuasa disiplin, guru disiplin dan guru hal ehwal murid. Mereka boleh hukum pelajar dan setiap kesalahan itu mesti direkodkan. Guru tidak boleh buat sembarangan, kerana Kementerian Pendidikan dah letak garis panduan hukuman terhadap murid.

“Setelah lembaga disiplin pelajar bermesyuarat dan mendapati kes itu munasabah untuk dikenakan tindakan, barulah hukuman dikenakan.

"Di Terengganu, kita masih menggunakan peraturan sama di bawah Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah 1959,” katanya.

Bagaimanapun, Ghazali berkata, dalam kes di SJKC di Perak itu, pihak sekolah dan masyarakat tidak seharusnya menyalahkan guru itu 100 peratus kerana tidak mengetahui punca sebenar guru itu bertindak sedemikian.

FOTO MENARIK

Foto Global

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA

Foto Menarik