Selasa, 4 September 2012

ADUH!!!!! MALASNYA NAK NAIK KERJA

Sudah hampir 3 minggu kita merayakan Hari Lebaran. Sepanjang minggu ini banyak dipenuhi undangan majlis rumah terbuka, Marhaban dan sambutan Hari Raya yang lain. Ada juga yang mengadakan Majlis Perkahwinan di hari-hari cuti hujung minggu. Almaklumlah sedara mara jauh, senang nak datang sekalugus beraya sekali.
    Kat sekolah pula penuh dengan peperiksaan hujung tahun dan UPSR yang berlangsung pertengahan September 2012. Banyaklah kerja kena buat laporan itu dan laporan ini. Itu belum lagi termasuk laporan yang kena buat mingguan seperti lesson plan dan mesyuarat sekolah. Kalau tak buat nanti kena marah dengan GPK dan Guru Besar. Banyak lagi agenda-agenda sekolah yang kena buat seperti kelads tambahan, mesyuarat mingguan dan semester OUM yang akan bermula dipenghujung september nanti.

Hai apa nak buat. Kena kuatkan semangat kalau nak buat semua itu. Semua demi sesuap nasi bagi menampung kami sekeluarga.

Wassalam

ADUH!!!!! MALASNYA NAIK NAIK KERJA

Hari Raya dan hampir tiga minggu berlalu, saban hari kita dihidangakn dengan jemputan ke rumah terbuka, Majlis Sambutan Hari Raya dan Marhaban dari rumah ke rumah. Jenuh nak menunaikan hajat mereka semua. Perut pun terasa sendat, penuh dengan pelbagai makanan yang dihidangkan. Ada pulak yang mengambil kesempatan diwaktu cuti-cuti begini mengadakan majlis perkahwinan dan Majlis yang sewaktu dengannya.