Selasa, 4 September 2012

ADUH!!!!! MALASNYA NAK NAIK KERJA

Sudah hampir 3 minggu kita merayakan Hari Lebaran. Sepanjang minggu ini banyak dipenuhi undangan majlis rumah terbuka, Marhaban dan sambutan Hari Raya yang lain. Ada juga yang mengadakan Majlis Perkahwinan di hari-hari cuti hujung minggu. Almaklumlah sedara mara jauh, senang nak datang sekalugus beraya sekali.
    Kat sekolah pula penuh dengan peperiksaan hujung tahun dan UPSR yang berlangsung pertengahan September 2012. Banyaklah kerja kena buat laporan itu dan laporan ini. Itu belum lagi termasuk laporan yang kena buat mingguan seperti lesson plan dan mesyuarat sekolah. Kalau tak buat nanti kena marah dengan GPK dan Guru Besar. Banyak lagi agenda-agenda sekolah yang kena buat seperti kelads tambahan, mesyuarat mingguan dan semester OUM yang akan bermula dipenghujung september nanti.

Hai apa nak buat. Kena kuatkan semangat kalau nak buat semua itu. Semua demi sesuap nasi bagi menampung kami sekeluarga.

Wassalam

ADUH!!!!! MALASNYA NAIK NAIK KERJA

Hari Raya dan hampir tiga minggu berlalu, saban hari kita dihidangakn dengan jemputan ke rumah terbuka, Majlis Sambutan Hari Raya dan Marhaban dari rumah ke rumah. Jenuh nak menunaikan hajat mereka semua. Perut pun terasa sendat, penuh dengan pelbagai makanan yang dihidangkan. Ada pulak yang mengambil kesempatan diwaktu cuti-cuti begini mengadakan majlis perkahwinan dan Majlis yang sewaktu dengannya.


Isnin, 20 Ogos 2012


Ini pulak gambar masa sesi fotografi kat tropikal village. ok lah jugak kan daripada x ada. boleh jadi kenag-kenangan masa tuaaa.heeeee

Ini majlis persandingan adik aku. 2 pasang lagi. cantik x. ini semua keluarga aku. ada lagi yang x masuk. maklum lah x cukup alahhh... besau sngat lah pulak. family aku ramai sangat.

Selasa, 7 Ogos 2012


Selamat Hari Raya






Sudah hampir sebulan kita menjalani ibadat puasa, kini semakin hampir kita menyambut Hari Lebaran dan sambutan hari raya. Tahun ini saya akan beraya di Kota Tinggi, Johor. Bersama keluarga belah mertua saya. Kena buat "Burasak" dan "Pat Loi". Pada hari raya ke-2 barulah saya dan suami bertolak ke kampung saya di Parit Yusof, Muar, Johor.

Ahad, 5 Ogos 2012


Gambar rumah Kak Teh dan Abang Rahim di Taman Liman Kati, Kuala Kangsar Perak. Terima kasih kerana mengundang kami sekeluarga bermalam dan menjamu selera disamping beramah mesra dengan ahli keluarga mereka sepamjamg lebih kurang 4 hari ketika melawat mereka.


Gambar burung hantu, Matanya yang besar tu.....



Yang ini pulak gambar kancil. Bagi sesiapa yang tak pernah lihat binatang ini bolehlah pergi melawat zoo Taiping, Perak.



 Orang Utan, rileks aje. Mungkin kenyang kut. Kita orang tengok dia duduk aje. Gerak pun hanya sedikit-sedikit.


 Yang ini gambar monyet chipinzi, tengah cari kutu.


Singa tengah lepak, penat kut.


Gambar-gambar menarik ketika melawat di Zoo Taiping, Perak. Masa tu ramai orang yang datang. Bersesak-sesak kami sekeluarga. Abang Rahim dan Kak Teh sporting walaupun tak berapa sihat tapi sanggup melayan kami sekeluarga. Terima kasihlah banyak-banyak.


Inilah gambar kenangan abang Rahim dan Kak Teh.

Selasa, 31 Julai 2012


Selamat Pengantin Baru



Gambar-gambar kenangan disepanjang majlis persandingan dan penikahan adik aku di Parit Yusof, Muar, Johor. Pada cuti sekolah bulan jun yang lalu. Selamat Pengantin baru kepada Asroha dan pasangannya. Semoga panjang umurdan dimurahkan rezeki. Pengantin Mahfuzi dengan Hairi. Selamat menempuh gerbang perkahwinan.





Isnin, 30 Julai 2012



 Gambar ketika kami sekeluarga pergi bercuti di Zoo Taiping, Perak Cuti Sekolah tahun lepas.

Latihan Hoki (HBEF2703-Individu)





Video ini sebenarnya aku download dari youtube. Ada 2 video yang berkaitan tapi aku download satu sahaja. Itu pun rasanya belum cukup bagus. Tapi kalau tak ada gading , tanduk pun berguna juga.
Saya baru berjinak-jinak di dalam dunia blog ni. Ini adalah antara pengalaman pertama saya menulis secara langsung melalui internet dan masih banyak lagi yang saya perlu pelajari. Di harap mereka ang melayari blog saya akan bersabar.

Terima Kasih